Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak dua tahun dipercayai hilang

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI – Seorang kanak-kanak lelaki tempatan, Muhammad Adam Rayyan bin Zulmifaizal berumur dua tahun dilaporkan hilang semasa berada di luar rumahnya di Kampung Batu Marang, Daerah Brunei dan Muara hari ini.

    Kejadian itu disahkan oleh Balai Polis Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) setelah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan.

    Siasatan awal mendapati insiden tersebut berlaku pada 12 Mei sekitar 4:30 petang.

    Pakaian kali terakhir yang dipakai mangsa semasa keluar ialah baju dan seluar pendek berwarna biru.

    Keanggotaan Balai Polis Muara dan Polis Marin PPDB serta Jabatan Bomba dan Penyelamat berada di tempat kejadian bagi usaha pencarian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda