Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak dua tahun maut jatuh dari tingkat 16 pangsapuri

    JOHOR BAHRU, 1 OGOS – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Taman Daya di sini, Selasa lepas.

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 9:16 malam.

    Beliau berkata sebelum kejadian, mangsa dan keluarganya baru selesai beriadah di kolam renang pangsapuri berkenaan.

    Gambar hiasan dari Unsplash

    Raub berkata, mangsa dibawa pulang ke rumah di tingkat 16 oleh sepasang suami isteri berusia 78  dan 56 tahun yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kanak-kanak itu sementara menunggu ibu dan ahli keluarganya yang lain ke pusat dobi di tingkat tujuh di pangsapuri berkenaan. 

    “Kedua-dua mereka telah meninggalkan mangsa bersendirian di ruang tamu untuk menunaikan solat. Bagaimanapun, mangsa didapati tiada di dalam rumah selepas mereka selesai solat dan hasil pencarian menemukan mangsa terjatuh di tingkat lapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata mangsa dipercayai terjatuh melalui salah satu tingkap di bilik tidur yang terbuka dan tidak dipasang jeriji.

    Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk dibedah siasat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda