Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kanak-kanak empat tahun bawa senapang ke sekolah

    HOUSTON, 2 SEPT – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Texas membawa selaras senapang patah diisi peluru ke sekolah, ketika percutian musim panas yang berakhir di Amerika Syarikat (AS) mencetuskan kebimbangan mengenai kejadian tembakan di sekolah.

    Kegemparan pada Rabu di Corpus Christi berlaku dua hari selepas insiden yang sama di Arizona, pada masa itu membabitkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun.

    Dalam kes di Texas, seorang pegawai polis yang berada di sekolah ‘meminta bantuan memberitahu seorang pelajar berusia empat tahun memiliki sepucuk senapang patah berisi dengan peluru di kawasan sekolah,’ kata polis dalam satu kenyataan.

    Pegawai kemudian merampas senjata itu.

    Ibu bapa kanak-kanak dikenal pasti sebagai pemilik senapang tersebut dan bapa budak, berusia 30 tahun, ditahan dan didakwa membahayakan nyawa kanak-kanak kerana meninggalkan senjata api yang mudah diakses oleh kanak-kanak.

    Dalam kejadian sama pada Isnin di Arizona, seorang budak berusia tujuh tahun didapati memiliki senapang tanpa peluru dalam beg galas di sebuah sekolah di bandar Cochise, kata pejabat syerif.

    Dimaklumkan mengenai kejadian itu, bapa kanak-kanak pulang dari kerja untuk memeriksa senapangnya dan mendapati senjata kedua juga hilang.

    Senjata kedua ditemui dalam pejabat pentadbiran sekolah, di mana kanak-kanak itu menyembunyikannya ketika menunggu ketibaan pihak berkuasa.

    “Ibu bapa yang ditemu bual memberitahu senjata tersebut telah diletak di tempat yang selamat jauh dari kanak-kanak selepas cuti perkhemahan, tetapi nampaknya pelajar gred dua itu berjaya mengakses senapang itu dan membawanya ke sekolah,” menurut kenyataan pejabat syerif. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...