GEORGE TOWN, 27 OKT – Kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Lebuh Tunku Kudin, Gelugor di sini semalam dilaporkan dalam keadaan stabil. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata kanak-kanak berusia empat tahun itu sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di sini.

