Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak empat tahun lemas jatuh parit

    GUA MUSANG, 11 SEPT – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan lemas setelah dipercayai terjatuh ke dalam parit yang terletak di belakang rumah keluarganya sebelum dihanyutkan air deras di Felda Chiku 1, di sini semalam. 

    Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata mangsa Muhammad Syahrul Darwish Mohd Mazuan, ditemukan penduduk pada 6:50 petang kira-kira empat kilometer dari lokasi parit tersebut.

    Sik berkata terdahulu polis menerima laporan kehilangan mangsa pada 6:15 petang. 

    “Mangsa telah ditemukan dalam keadaan terbaring di padang bola Felda Chiku 1 dipercayai dibawa arus deras dan disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda