Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak hilang di Pantai Danau

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 3 Mac – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, Awang Muhd Izzat Irwandi bin Zulkipli hilang di Pantai Danau pada jam 7:26 malam ini, menurut laporan yang diterima oleh Balai Bomba Bukit Beruang, Daerah Tutong.

    Balai Bomba Bukit Beruang mengerahkan empat anggota bomba diketuai ABK 115 Mustapa ke tempat kejadian untuk mencari mangsa di kawasan pesisir Pantai Danau bermula jam 7:58 sehingga jam 10 malam ini.

    Walau bagaimanapun, mangsa masih belum ditemui dan usaha-usaha mencari masih diteruskan. Punca kejadian bagaimanapun masih lagi disiasat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda