BEIRUT, 27 Feb – Beribu-ribu kanak-kanak yang melarikan diri daripada kubu terakhir kumpulan Islam IS di timur laut Syria menunjukkan tanda-tanda masalah psikologi, menurut badan amal Britain hari ini.
Save the Children telah melakukan pemerhatian terhadap kanak-kanak di kem Al-Hol untuk mereka yang terjejas akibat pertempuran antara pasukan yang disokong Amerika Syarikat (AS) dan IS dalam kawasan terakhir IS di wilayah yang didudukinya di perkampungan Baghouz.
Menurut Save the Children, “kanak-kanak tersebut menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah psikologi, termasuklah kegelisahan, menyisihkan diri, agresif, mimpi ngeri dan kencing malam, terutamanya di kalangan kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun.”
Anak-anak damit yang dibawa lari dari kawasan yang diduduki IS berkemungkinan telah menyaksikan tindakan kejam dan hidup dengan pengalaman yang teruk dan rampasan di enklaf terakhir yang diduduki oleh kumpulan itu,” menurutnya lagi.
“Ramai yang mungkin akan memerlukan bantuan kesihatan mental dan psikososial jangka panjang untuk pulih daripada pengalaman mereka,” menurut kenyataan badan amal itu lagi.

Salah seorang kanak-kanak yang tercatat di dalam laporan bernama Mai, berusia 11 tahun yang menceritakan di mana beliau pernah menyaksikan pemancungan kepala dan tindakan ganas.
“Apabila mereka melihat seorang wanita bercakap dengan seorang lelaki, mereka akan melontar batu ke arah mereka dan mereka akan memancung kepala orang tahanan di hadapan keluarga mereka,” menurutnya.
“Saya sentiasa cuba untuk tidak melihatnya apabila berlakunya pemancungan kepala. Saya akan bersembunyi di belakang ibu saya.”
Di Kem Al-Hol, Save the Children berkata ia telah menubuhkan ruang rekreasi untuk kanak-kanak, dan juga pusat untuk menangani kanak-kanak tanpa penjaga.
“Tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan untuk membantu kanak-kanak ini pulih,” kata pengarah tindak balas Save the Children Syria, Sonia Khush.
“Itu termasuklah pembiayaan dan akses bagi pengurusan kes dan perkhidmatan perlindungan dan bagi penghantaran balik kanak-kanak asing ke negara asal mereka.”
Badan amal Britain itu mengatakan lebih 2,500 orang kanak-kanak asing dari 30 buah negara.
Ini termasuk sejumlah 1,100 yang lari dari 15 kawasan terakhir Baghouz sejak Januari kini tinggal di tiga buah kem bagi mereka yang terjejas di timur laut Syria. – AFP