Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak lapan tahun maut diserang gajah liar di Indonesia

    PEKANBARU, 5 NOV – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang cedera akibat serangan gajah liar di daerah Rumbai Barat, Pekanbaru, Riau minggu lalu telah meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan di sebuah hospital.

    Ketua Polis Rumbai Barat, Penolong Pesuruhjaya Said Khairul Iman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Citra mengalami kecederaan parah di kepala dan badan akibat serangan tersebut. Walaupun usaha merawat telah dijalankan untuk menyelamatkannya, Citra meninggal dunia pada Sabtu.

    Iman berkata, pihak polis sedang bekerjasama dengan Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Riau bagi mengelakkan kejadian serangan berulang serta memastikan perlindungan terhadap haiwan terancam tersebut.

    Menurut Iman, kejadian itu berlaku pada 30 Oktober sekitar jam 5 pagi apabila bapa mangsa, Sardo Purba, 36, terjaga selepas mendengar bunyi bising di luar rumah kayu separa kekal mereka.

    Bimbang akan keselamatan mereka, Sardo menyuruh isterinya dan empat orang anak melarikan diri melalui pintu belakang.

    Namun, ketika keluarga itu cuba melarikan diri, seekor daripada gajah tersebut tiba-tiba mengejar mereka. Dalam kekecohan itu, Citra, anak kedua daripada empat beradik, terjatuh dan diserang. – ANN/The Jakarta Post

    Gambar fail ini menunjukkan seekor gajah Sumatera di kawasan hutan Indonesia di Aceh pada 26 Mac 2017. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda