Thursday, March 20, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas, adik masih hilang

    MUKAH, 19 MAC – Seorang daripada dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika mandi di tepi Sungai Batang Mukah berhampiran Jalan Kampung Bedanga, kira-kira 3:50 petang semalam ditemukan lemas.

    Kanak-kanak lelaki, Dexper Kiu Kuang Wei, 10, ditemukan oleh pasukan polis yang menyertai operasi mencari dan menyelamat, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada 4:40 petang tadi.

    Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

    Adik perempuan mangsa, Susie Kiu, 7, masih belum ditemukan.

    Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 3:50 petang semalam, mangsa dikatakan mandi di sungai tersebut bersama adiknya tidak jauh dari Jambatan Kuning Mukah.

    Ibu mangsa cuba menyelamatkan kedua-dua anaknya tetapi usaha itu tidak berjaya kerana mereka tenggelam dengan cepat akibat arus deras.

    Operasi mencari dan menyelamat akan disambung semula pada pagi esok. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda