Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam takungan air

    BINTULU, 1 SEPT – Polis hari ini mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di sebuah takungan air berhampiran lampu isyarat Spait, Jalan Celestine Ujang semalam. 

    Ketua Polis Daerah Bintulu, Supt Nixon Joshua Ali berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang bapa yang memaklumkan anak lelakinya berusia tujuh tahun hilang berhampiran simpang jalan masuk Taman Seri Pelabuhan, Bintulu lebih kurang 8:30 malam tadi.

    Bertindak atas maklumat tersebut, beliau berkata pasukan polis bersama Unit MPV IPD Bintulu serta pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi untuk membantu pencarian kanak-kanak itu. “Mangsa berumur tujuh tahun, berbangsa Iban, ditemui di dasar takungan air berkedalaman lima meter, terletak lebih kurang 50 meter dari rumah pekerja Fully Contractor Workshop. Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa.

    “Pegawai perubatan dari Hospital Bintulu telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda