Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak maut dalam kebakaran

    BUCHAREST, 26 DIS – Satu kejadian kebakaran memusnahkan sebuah bangunan yang menempatkan tempat penginapan dan sarapan pagi awal hari ini di utara Ibu Negara Romania, membunuh seorang kanak-kanak dan empat yang lain dan mencederakan dua orang, kata perkhidmatan kecemasan.

    Tiga lagi hilang selepas kebakaran berlaku di Tohani, kira-kira 100 kilometer (60 batu) timur Bucharest, kata perkhidmatan itu di Facebook.

    Kebakaran itu menjejaskan lebih 1,000 meter persegi (11,000 kaki persegi) bangunan itu, kata mereka, sambil menambah bahawa pemilik pertubuhan itu gagal mengemas kini langkah keselamatan kebakaran, yang didapati tidak mencukupi semasa pemeriksaan pada 2019.- AFP

    Anggota bomba berusaha memadam kebakaran.- AFP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda