Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kanak-kanak maut dihempap runtuhan dinding rumah

    BALING, 13 FEB – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas dihempap runtuhan dinding rumah yang sedang dalam proses pembinaan, ketika bermain bersama adiknya di rumah mereka di Kampung Padang Lalang, Tawar, semalam.

    Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shamsudin Mamat berkata ketika kejadian kira-kira 12:30 tengah hari itu, mangsa, Wan Abdul Aziz Wan Mohd Sholehhuddin dan adiknya, Wan Mohd Baihaqi, 4, sedang bermain di bahagian belakang dapur rumah yang dalam proses pembinaan.

    “Ibu mangsa yang sedang memasak di dapur telah beberapa kali memberi amaran dan menasihatkan kedua-dua anaknya agar tidak bermain di kawasan itu namun mereka tidak mengendahkan arahan ibunya.

    “Lebih kurang 10:30 pagi, ibu mangsa mendengar bunyi kuat dari tempat anak-anaknya bermain dan mendapati mereka telah ditimpa bata-bata dinding adik mangsa hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Shamsudin berkata ibu mangsa kemudian meminta bantuan jiran terdekat untuk menghantar kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Tawar serta memaklumkan mengenai kejadian itu kepada suaminya yang ketika itu berada di tempat kerja di Kulim.

    “Mangsa disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Tawar dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    Banjir buruk Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang

    HANOI, 23 NOV - Banjir berterusan yang melanda kawasan...

    20 pelajar sertai forum, bengkel sempena Hari Kanak-kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Seramai 20...

    Lebih 400 juta kanak-kanak terjejas akibat kemiskinan – UNICEF

    GENEVA, 21 NOV – Seramai 417 juta kanak-kanak di...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...