Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak maut dilanggar kereta peronda polis

    BRUSSELS, 18 JUN – Seorang kanak-kanak maut di bandar pelabuhan Antwerp, Belgium hari ini selepas dilanggar sebuah kereta peronda polis yang sedang dalam perjalanan ke lokasi panggilan kecemasan, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Agensi berita Belga melaporkan bahawa kanak-kanak itu berlari melintas jalan ketika kereta polis berkenaan sedang melalui kawasan tersebut.

    Pendakwa raya mengesahkan kejadian itu namun tidak memberikan butiran lanjut. Media tempatan melaporkan mangsa berusia lapan atau sembilan tahun.

    Kes itu berlaku hanya beberapa minggu selepas seorang budak lelaki maut ketika menunggang e-skuter di Brussels ketika cuba melarikan diri daripada polis.

    Pegawai yang memandu kenderaan polis dalam insiden itu kini dikenakan tahanan rumah dan dipakaikan alat pengesan elektronik di pergelangan kaki sementara siasatan dijalankan.

    Pendakwa raya Brussels sedang meneruskan dakwaan atas kesalahan ‘menghalang lalu lintas secara berniat jahat sehingga menyebabkan kematian,’ yang membawa hukuman maksimum sehingga 30 tahun penjara.

    Kematian kanak-kanak lelaki itu, yang dilahirkan pada 2013, telah mencetuskan perdebatan hangat di Belgium. – Bernama

    Seorang pegawai polis memberi isyarat semasa menjalankan tugas di lokasi kemalangan jalan raya di Antwerp, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda