Friday, December 20, 2024
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak maut terkena renjatan elektrik

    KUALA LUMPUR, 19 DIS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut disyaki terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang di sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A. Anbalagan berkata kejadian itu berlaku pada 6:30 petang dan laporan mengenainya dibuat seorang wanita tempatan berusia 36 tahun.

    “Semasa pengadu berada di tempat kerja, pengadu telah menerima pesakit seorang kanak-kanak lelaki tempatan berumur 12 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang.

    “Mangsa disahkan meninggal dunia pada 6:50 petang (18 Disember),” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

    Anbalagan berkata kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan pihaknya masih menunggu laporan hasil bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

    Beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan komentar berhubung kejadian yang boleh mengganggu proses siasatan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda