Sunday, October 6, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak maut, wanita hilang dalam kebakaran di Brisbane

    SYDNEY, 6 OKT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut, manakala seorang wanita dilaporkan hilang selepas kebakaran memusnahkan sebuah rumah teres di Thorneside, selatan Brisbane, Queensland, Australia, hari ini.

    Menurut kenyataan Polis Queensland (QPS), pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian kira-kira jam 7:15 pagi waktu tempatan selepas menerima laporan mengenai kebakaran di kediaman tersebut.

    Anggota penyelamat menemui mayat kanak-kanak itu, manakala seorang wanita, dipercayai berusia 30an, masih belum ditemukan.

    Tiada kecederaan lain dilaporkan.

    Pihak berkuasa telah mengisytiharkan kawasan kejadian sebagai lokasi jenayah, dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

    Menurut QPS, polis, bomba dan perkhidmatan kecemasan tiba di lokasi mendapati dua unit kediaman sedang marak terbakar. Enam pasukan bomba, dengan kekuatan 22 anggota, berjaya mengawal kebakaran pada kira-kira jam 8 pagi. – Xinhua

    GAMBAR FREEPIK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda