Kanak-kanak Palestin berhak dapat jaminan keselamatan, selain pendidikan

RAMALLAH, 16 OGOS – Penyelaras Kemanusiaan dan Penempatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di wilayah Palestin yang diceroboh, Lynn Hastings, hari ini berkata selain pendidikan kanak-kanak Palestin layak untuk menikmati kehidupan yang selamat dan sejahtera.

“Kanak-kanak tidak hanya punya hak untuk dapat pendidikan tetapi mereka juga perlu dilindungi di bawah hak asasi manusia antarabangsa memandangkan keadaan mereka yang terdedah kepada bahaya,” kata Hastings dalam satu kenyataan.

Menurut pegawai PBB itu sejak awal 2021, seramai 79 kanak-kanak Palestin terbunuh dan 1,269 yang lain cedera.

“Seramai 67 kanak-kanak terbunuh di Semenanjung Gaza semasa serangan baru-baru ini dan seorang pada Jun manakala 11 lagi maut di Tebing Barat dan di Timur Baitulmuqaddis akibat kekejaman tentera rejim Israel,” kata Hastings. – Bernama