Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak perempuan maut dibaham buaya di Namibia

    WINDHOEK, NAMIBIA, 6 APRIL – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut dibaham buaya ketika sedang mengambil air di Sungai Kavango di perkampungan Shikoro, wilayah Kavango.

    Insiden itu berlaku pada 1 April, kata jurucakap Kementerian Alam Sekitar, Perhutanan dan Pelancongan, Romeo Muyunda, lapor Xinhua.

    Menurut Muyunda, kementerian sedang mengusahakan langkah pencegahan yang praktikal dan inovatif seperti mendirikan kandang buaya dan penyediaan air serta memaksimumkan faedah pemuliharaan.

    “Kami faham air sungai menjadi sumber penting, kami menggalakkan orang ramai sentiasa berwaspada. Kanak-kanak tidak sepatutnya dibenarkan mengambil air sendirian,” katanya.

    Beliau berkata sejak tahun 2019 kementerian telah mengendalikan 33 kes kematian akibat dibaham buaya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda