Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak rentung dalam kebakaran di Tawau

    TAWAU, 27 OKT – Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan 38 rumah di Kampung Jati, Batu 5 di Tawau tengah malam tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata mayat kanak-kanak berusia lima tahun itu ditemukan pada 4:50 pagi.

    “Seramai 27 pegawai serta anggota bomba bergegas ke tempat kejadian yang teletak pada jarak 10 kilometer dari pusat bandar dan tiba di lokasi pada 1:10 pagi.

    “Kebakaran membabitkan 38 rumah di kawasan 1.57 ekar dan operasi pemadaman menggunakan sumber air jentera bomba dan air terbuka,” katanya dalam kenyataan di Tawau hari ini.

    Putra Herriz Azmil, 5, yang rentung dalam kebakaran tersebut sedang nyenyak tidur ketika kejadian.

    Kesan kebakaran yang memusnahkan 38 buah rumah di kawasan seluas 0.63 hektar di Kampung Jati, kelmarin. – Bernama

    Ibu saudara mangsa Noor Hajijah Matrol, 43, berkata anak saudaranya itu sudah dikejutkan ibunya dan mungkin tidur semula.

    “Adik saya beritahu dia sudah bawa keluar, dia ingat bapanya sudah bawa anaknya keluar dari rumah tetapi ketika itu keadaan sungguh kelam kabut. “Selepas itu baru sedar anak saudara hilang, puas kami cari sampai merata tempat namun tak jumpa tetapi ada yang cakap dengar budak menangis.

    “Anak saudara saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 4 di sini selepas selesai urusan di unit forensik Hospital Tawau,” katanya kepada Bernama.

    Noor Hajijah berkata ketika kejadian, semua 13 ahli keluarganya berada di rumah serta ada yang sudah nyenyak tidur dan kejadian berlaku sewaktu bekalan elektrik terputus selepas ribut serta hujan lebat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda