Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak sekolah diperkenalkan buku teks Xi Jinping

    BEIJING, 1 SEPT – Pelajar di China yang kembali ke sekolah hari ini telah diperkenalkan dengan buku teks baharu iaitu ‘Pemikiran Xi Jinping’ ketika Parti Komunis itu berhasrat untuk mengetengahkan individu berpengaruh dalam pentadbirannya kepada kanak-kanak seawal usia tujuh tahun, sekali gus membina generasi patriot baharu.

    Kementerian Pendidikannya berkata, ideologi politik Presiden China itu dimasukkan dalam kurikulum kebangsaan secara umum bagi pengajian di peringkat sekolah rendah hingga program siswazah pada permulaan tahun sekolah baharu hari ini.

    Menurut notis kerajaan berhubung kurikulum baharu itu, guru di sekolah rendah perlu memupuk benih cinta terhadap parti, negara dan sosialisme dalam kalangan generasi muda.

    Buku teks baharu itu dihiasi petikan kata-kata presiden dan turut diletakkan gambar beliau mengukir senyuman.

    Pelajaran bagi pelajar sekolah rendah termasuk pencapaian tamadun China dan peranan Parti Komunis dalam mengurangkan kemiskinan dan memerangi wabak COVID-19. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda