Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak TASKA YSHHB rai Hari Keputeraan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Seramai 499 orang kanak-kanak dari Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB), kelmarin, telah menghadiri majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 tahun di Dewan TASKA YSHHB.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengetua TASKA YSHHB, Hajah Noraniza binti Abdul Rahman.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa Allah Peliharakan Sultan yang diketuai oleh Awang Muhammad Nazmi bin Puasa dan diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu sekolah beramai-ramai.

    Antara lain tujuan acara tersebut adalah untuk menyemai nilai patriotik dalam diri setiap kanak-kanak sebagai usaha mentaati raja selaku ulil amri dan memupuk semangat dan sifat sayangkan raja dan negara.

    Kemuncak acara adalah perarakan tanglung oleh kanak-kanak TASKA dan sesi bergambar ramai bersama dekorasi kelas Hari Keputeraan.

    Hajah Noraniza turut hadir semasa acara tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Kanak-kanak TASKA berpeluang bergambar ramai di kawasan sekitar sekolah YSHHB. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda