Kanak-kanak terbunuh kebakaran di kem pelarian Greece

ATHENS, 24 FEB – Seorang kanak-kanak ditemui mati berikutan kebakaran pada petang semalam di sebuah kem pelarian di utara Athens, kata pihak bomba.

Kanak-kanak itu tidak bernafas ketika anggota bomba tiba di kem di Thiva, 54 kilometer dari ibu kota Greece.

Seramai lapan anggota bomba dan empat jentera bomba bergegas ke tempat kejadian.

Menurut laporan awal, polis menyekat laluan masuk ke bangunan yang terbakar. Tidak diketahui apakah punca yang menyebabkan kebakaran itu.

Kebakaran itu adalah yang terbaharu dalam insiden kebakaran di kem pelarian di Greece.

Pada musim sejuk, kebanyakan pelarian menggunakan api kayu untuk memanaskan badan kerana kurangnya alat pemanasan yang betul di khemah-khemah mereka, yang selalu menyebabkan kemalangan.

Pemerhati berkali-kali memberi amaran mengenai tahap keselamatan mereka yang terpaksa tinggal di kem pelarian di seluruh negara semasa cuaca musim sejuk. – AFP