Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanak-kanak tiga tahun ditemukan maut

    LAHAD DATU, 12 MAC – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun daripada suku Pala’u ditemukan maut dengan kesan kecederaan di kepala, manakala kedua-dua tangan serta kaki kiri diikat dengan tali, di Kampung Panji di sini semalam.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Azmir Abdul Razak berkata polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 30an yang merupakan individu terakhir dilihat bersama kanak-kanak itu bagi membantu siasatan, dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang positif dadah dipercayai kurang siuman.

    Beliau berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan ibunya di kawasan semak kampung berkenaan pada pukul 3 petang, kira-kira tiga jam selepas kanak-kanak yang keluar rumah untuk bermain, dan polis turut menahan ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang merupakan warga asing berumur 20an dan 30an bagi membantu siasatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda