Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kanak-kanak UK digesa dapatkan suntikan campak, elak penularan

    LONDON, 19 JAN – Agensi perlindungan kesihatan awam United Kingdom (UK) hari ini menyuarakan ‘gesaan untuk bertindak’ bagi mendapatkan lebih banyak suntikan campak untuk kanak-kanak disebabkan kadar pemvaksinan yang menurun dan kebimbangan virus itu mungkin merebak.

    Jenny Harries, ketua Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA), memberikan amaran bahawa campak merebak dalam kalangan komuniti yang tidak divaksinasi.

    Orang ramai telah ‘lupa apa itu campak’, Harries memberitahu radio BBC, sambil menambah ia boleh menyebabkan kematian walaupun dalam kes-kes yang jarang berlaku.

    Beliau berkata UK sebelum ini telah mencapai status penghapusan campak tetapi kini bilangan kanak-kanak yang mula bersekolah yang mempunyai dua dos campak, beguk dan rubella (MMR) hanya mencapai 85 peratus. Di beberapa kawasan di wilayah tengah West Midlands dari England, peratusan yang divaksinasi telah menurun kepada 81 peratus, katanya.

    Angka yang dikeluarkan oleh UKHSA menunjukkan terdapat 198 kes yang disahkan makmal dan 104 kes ‘yang mungkin’ antara 23 Oktober 2023 dan 15 Januari di West Midlands. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...