Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kandungan toksik’ TikTok disiasat

    HANOI, 7 APRIL – Vietnam akan menyiasat TikTok berhubung ‘kandungan toksik’ yang dimuat naik ke dalam aplikasi perkongsian video milik China yang sangat popular, kata pegawai kelmarin.

    Vietnam mempunyai sekatan ketat terhadap kebebasan bersuara, sering mengambil tindakan keras terhadap pengkritik kerajaan yang mencari penonton dalam aplikasi media sosial.

    TikTok mempunyai kira-kira 50 juta orang pengguna di Vietnam, menurut data daripada firma penyelidikan, DataReporter yang dipetik oleh kerajaan.

    Aplikasi tersebut sudah menerima tekanan yang semakin meningkat daripada kerajaan-kerajaan Barat disebabkan oleh kebimbangan data pengguna mungkin digunakan atau disalah gunakan oleh pegawai China. Ia telah dikenakan denda di Britain pada minggu ini dan mengharamkan penggunaannya daripada peranti rasmi di Australia.

    Ketua Radio, TV dan Maklum Elektronik Vietnam, Le Quang Tu Do berkata jabatan maklumat akan mengaturkan semakan ‘antara kementerian’ ke atas syarikat tersebut pada Mei.

    “TikTok tidak mempunyai langkah kawalan yang berkesan ke atas kandungan yang melanggar politik, terhadap parti dan negara, berita palsu, kandungan toksik,” Do memberitahu wartawan.

    Kurang pengawalan ‘membantu menyebarkan berita palsu, menyebabkan kerugian ekonomi dan ketidakstabilan sosial,” tambahnya.

    Do berkata pihak kementerian meminta ‘platform rentas sempadan itu untuk secara ketat mengikut undang-undang Vietnam’.

    TikTok telah diberitahu oleh Pihak Berkuasa Penyiaran dan Maklumat Elektronik pada Februari bahawa delegasi kerajaan akan membuat lawatan di pejabat TikTok di Vietnam dalam suku kedua, ia memberitahu Channel News Asia.- AFP

    Gambar fail 21 Januari 2021 menunjukkan TikTok dalam skrin paparan telefon pintar di Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda