LONDON, 30 Mac – Penyerang Tottenham, Harry Kane mungkin akan beraksi menentang Chelsea dalam pertembungan Liga Perdana hujung minggu ini selepas dijangka pulih secepatnya daripada kecederaan buku lali, menurut pengurus Spurs, Mauricio Pochettino.
Penyerang tunggal England berusia 24 tahun yang kini mengumpul 31 gol kempen ini mengalami kecederaan buku lali bulan lepas apabila menentang Bournemouth dan dijangka akan kembali berlatih sehingga April. Bagaimanapun, Pochettino yang mana kali terakhir pasukannya mencatat kemenangan di Chelsea pada 1990 sebelum Kane dilahirkan memberitahu semasa sidang media semalam bahawa Kane menunjukkan kemajuan yang menakjubkan.
“Kami perlu merawat dia. Dia dalam keadaan positif dan dia dalam keadaan baik. Setiap hari prestasinya meningkat,” kata Pochettino.
“Kami memerhatikannya dalam beberapa hari ini. Ia sangat sukar untuk berkata ya atau tidak. Saya tidak dapat berkata tidak tetapi saya tidak dapat berkata ya.
“Mungkin hujung minggu. Tetapi apa yang penting ialah kami dalam keadaan positif mengenai pemulihannya dan kami melakukan yang terbaik dan kami sangat gembira melihat situasi ini.
“Selepas Bournemouth, semua orang percaya bahawa ia akan mengambil tempoh yang lama tetapi resolusi ketika ini sangat mengakjubkan.” – AFP