Saturday, April 26, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kane harap raih gelaran pasukan

    BERLIN, 25 APRIL – Kejayaan penyerang Bayern Munich, Harry Kane, boleh dicapai pada perlawanan di tempat sendiri menentang Mainz, esok apabila dia belum pernah meraih gelaran bagi pasukannya selepas memperoleh anugerah dalam kerjayanya.

    Jika mereka menewaskan pasukan tempat keenam, Mainz; manakala tempat kedua, Bayer Leverkusen gagal menewaskan Augsburg di tempat sendiri, Bayern dan Kane akan dinobatkan sebagai pemenang Bundesliga.

    Bayern mendahului lapan mata dengan baki empat perlawanan, jadi gelaran pertama untuk Kane mungkin akan menjadi kenyataan.

    Tetapi selepas tewas enam perlawanan akhir – tiga semasa bermain dengan Tottenham, dua dengan England dan satu dengan Bayern – kemenangan gelaran sulung akan menjadi ganjaran yang ditunggu-tunggu untuk penyerang berusia 31 tahun itu. – AFP

    Kane dan pemain Inter Milan, Henrikh Mkhitaryan bersaing untuk mendapatkan bola semasa perlawanan bola sepak di Munich, selatan Jerman, pada 8 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda