Monday, February 24, 2025
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kane kempunan lawan Jerman, Brazil

    LONDON, 7 Nov – Penyerang prolifik Tottenham Hotspur, Harry Kane menarik diri dari skuad England bagi perlawanan persahabatan prestij dengan juara bertahan Piala Dunia Jerman dan pemenang lima kali Brazil kerana kecederaan lutut.

    Rakan sepasukannya di Spurs, pemain tengah Harry Winks, juga berjalan tempang kerana masalah buku lali, menjadikan ketiadaan dari kelab itu kepada tiga pemain selepas Dele Alli sudah awal menarik diri.

    Kane dan Winks, yang menjadi tumpuan bagi Spurs musim ini dan telah memenangi meraih kap senior pertamanya bulan lepas, mengalami kecederaan dalam kemenangan kelab ke atas Crystal Palace hujung minggu lalu.

    Bos Tottenham, Mauricio Pochettino berkata Winks, yang dikeluarkan pada separuh masa dalam perlawanan Palace, tergeliat buku lalinya.

    Kane menerima rawatan ke atas lututnya dalam separuh masa pertama dan digantikan pada minit ke-77 untuk ‘melindunginya’, menurut Pochettino.

    Jurulatih England, Gareth Southgate telah memanggil Jake Livermore, meskipun kelab pemain itu West Brom belum menang dalam 10 perlawanan.

    Southgate, yang menerajui England ke Piala Dunia 2018 dalam cabaran pertamanya sejak menggantikan Sam Allardyce tahun lepas, juha mempunyai kebimbangan kecederaan ke atas pemain pertahanan Chelsea, Gary Cahill dan pemain tengah Liverpool, Jordan Henderson. Henderson tidak beraksi dalam kemenangan 4-1 Liverpool ke atas West Ham kerana kecederaan paha. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda