Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kane wira Spurs benam Arsenal

    LONDON, 13 MEI – Mikel Arteta melontarkan kritikan pedas ke atas pengadil Paul Tierney selepas Tottenham menewaskan Arsenal yang bermain dengan 10 pemain dengan keputusan 3-0 kelmarin untuk memberikan harapan menamatkan saingan di kelompok empat teratas liga.

    Pasukan Antonio Conte mungkin tersingkir daripada perlumbaan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan jika mereka tewas kepada seteru rapat mereka di utara London.

    Harry Kane mengasak kubu Arsenal di awal perlawanan dan penyerang Tottenham itu berjaya membuka jaringan dengan sepakan penalti yang penuh kontroversi.

    Manakala itu, pemain pertahanan Arsenal, Rob Holding dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua dalam masa tujuh minit.

    Kane meledak gol kedua sebelum waktu rehat dan Son Heung-min menyumbat gol ketiga Tottenham pada separuh masa kedua.

    Arsenal yang berada di tangga keempat kini berdepan dilema dalam pertarungan empat teratas liga selain daripada memastikan peluang mereka kembali ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak musim 2016-17.

    Arsenal masih mempunyai kelebihan tipis, tetapi penghujung kemenangan empat perlawanan mereka menyebabkan mereka hanya berada satu mata di depan Tottenham yang di tangga kelima, dengan kedua-dua pasukan berbaki dua perlawanan.

    Conte berkata beberapa minggu lalu ia akan menjadi suatu keajaiban jika Tottenham layak ke Liga Juara-Juara memandangkan kedudukan mereka berada di pertengahan liga semasa dia menggantikan Nuno Espirito Santo yang dipecat pada November lalu.

    Namun berdasarkan kemenangan terbesar mereka dalam perlawanan derbi utara London sejak Arsenal memenangi liga di White Hart Lane pada 2004, keajaiban masih boleh menjadi kenyataan. – AFP

    Reaksi pemain Tottenham Son Heung-min, selepas menjaringkan gol menentang Arsenal semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda