Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kang Hoon dipilih anggota interim Running Man

    Pelakon Kang Hoon muncul sebagai peserta interim atau sementara program popular Running Man.

    Menurut mStar, berita penyertaan aktor itu diumumkan selepas pihak produksi menyiarkan gambar berkumpulan bagi musim terbaharu rancangan berkenaan yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

    Pemilihan Kang Hoon dibuat selepas Jun So Min mengundurkan diri dan semua bersetuju untuk menggunakan sistem anggota sementara daripada mencari peserta tetap.

    Kang Hoon sebelum ini pernah muncul dalam program tersebut sebanyak enam kali dan pemilihannya dilihat sebagai tepat kerana sudah terbiasa dengan konsep dan cara kerja Running Man.

    Malah keserasian di antara anggota Running Man dan kru produksi membuatkan mereka berasa senang dengannya.

    “Pemilihan Kang Hoon memang sangat tepat! Dia bukan sahaja sudah biasa dengan konsep rancangan ini tetapi semua anggota Running Man serasi dengannya.

    “Malah reaksi peminat mengenai pemilihannya juga sangat baik dan kami tak sabar untuk menyiarkan episod pertama bersama Kang Hoon,” kata wakil produksi.

    Selain Kang Hoon, enam anggota tetap rancangan popular itu adalah Yoo Jae Suk, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, HaHa, Ji Suk Jin dan Yang Se Chan. – Agensi

    Kang Hoon (dua kiri) dipilih sebagai ahli sementara Running Man. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda