Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kangnam dedah kisah cinta lalu

    KETIKA sesi fotografi dan temu bual bersama BNT baru-baru ini, Kangnam terbuka bercerita mengenai kisah cinta terdahulu dengan UEE.

    Menurut Kangnam, hubungan mereka berakhir disebabkan kesibukan jadual dan UEE tertekan selepas kisah cinta mereka jadi bualan. “Kami sibuk dengan drama dan berasa tertekan dengan berita hubungan cinta yang tersebar, jadi kami berpisah.

    “Secara peribadi, saya bukan seorang yang sorok hubungan dan saya tak kisah jika kantoi. Tapi, saya sedar pihak UEE anggap ia memenatkan.

    “Saya minta maaf kepadanya,” luah Kangnam menerusi laporan yang dipetik dari Soompi.

    Kangnam terbuka mengongsikan kisah cinta terdahulu dengan UEE.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda