Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kangta, Yu Mi nafi bakal berkahwin

    Dua tahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti iaitu Kangta dan Jung Yu Mi dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

    Menjelaskan khabar angin tersebut, pihak agensi kedua-dua selebriti itu iaitu SM Entertaiment dan Mystic Story menafikan berita pasangan itu bakal berkahwin.

    Agensi turut memaklumkan hubungan cinta mereka masih berjalan baik.

    Sebelum ini, tular satu video di YouTube mendakwa pasangan itu bakal berkahwin dalam masa terdekat.

    Malah, keluarga mereka juga dikatakan sudah mula membuat persiapan. – Agensi

    Kangta dan Jung Yu Mi sudah dua tahun bercinta. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda