Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kansas dilanda puting beliung

    WICHITA, KANADA, 1 MEI – Satu puting beliung yang melanda kawasan Kansas memusnahkan ratusan rumah dan bangunan, mencederakan beberapa orang dan meninggalkan lebih 15,000 penduduk tanpa bekalan elektrik, kata pegawai semalam.

    Selain kemusnahan yang dicetuskan oleh puting beliung itu, tiga pelajar meteorologi Universiti Oklahoma yang dalam perjalanan pulang dari lokasi ribut di Kansas juga terbunuh dalam nahas pada petang Jumaat, menurut pegawai.

    Nicholas Nair, 20, dari Denton, Texas; Gavin Short, 19, dari Grayslake, Illinois; dan Drake Brooks, 22, dari Evansville, Indiana, maut dalam nahas sejurus sebelum pukul 11:30 malam Jumaat, menurut laporan Peronda Lebuh Raya Oklahoma.

    Ketiga-tiga mereka berada dalam kenderaan yang dipandu Nair di Interstate 35 apabila kenderaan terbabas dan dilanggar oleh traktor di Tonkawa, kira-kira 137 kilometer dari utara bandar Oklahoma, kata laporan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda