Oleh Sim Y.H. – Perkataan kanser itu dianggap sebagai satu perkataan tabu dan sering dikaitkan dengan kematian. Kanser juga merupakan perkataan terakhir yang ingin didengar atau mahu didengar oleh sesiapapun. “Saat saya diberitahu dan disahkan menghidapnya, ia terasa seolah-olah satu hukuman mati. Perasaan hendak menyerah kalah itu memang ada. Namun saya menguatkan hati dan semangat