Saturday, December 10, 2022
22 C
Brunei

-

Kanser kekal penyebab utama kematian di Korea Selatan

SEOUL, 27 SEPT – Kanser kekal sebagai penyebab utama kematian di Korea Selatan pada 2021 di sebalik penularan wabak COVID-19 masih berterusan, menurut data pejabat statistik hari ini.

Kanser mencatatkan 161.1 kematian bagi setiap 100,000 orang di negara itu pada 2021, meningkat 0.6 peratus daripada tahun sebelumnya, menurut Statistik Korea. Ia masih yang tertinggi sejak data berkaitan mula dikumpul pada 1983, lapor Xinhua.

Antara kematian yang disebabkan oleh kanser, kematian akibat kanser paru-paru adalah yang tertinggi dengan 36.8 kematian bagi setiap 100,000 orang, diikuti oleh kanser hati dengan 20.0, kanser usus dengan 17.5, kanser gastrik dengan 14.1, dan kanser pankreas dengan masing-masing 13.5.

Punca kematian kedua tertinggi ialah kegagalan jantung, dengan 61.5 kematian bagi setiap 100,000 orang pada 2021. Sementara radang paru-paru merupakan penyebab kematian ketiga tertinggi dengan kadar kematian 44.4 bagi setiap 100,000.

Tiga punca utama kematian itu menyumbang 43.1 peratus daripada jumlah kematian tahun lepas. Ia turun 1.8 mata peratusan daripada tahun sebelumnya.

Dalam senarai 10 teratas punca kematian ialah penyakit serebrovaskular dengan 44.0 kematian bagi setiap 100,000 orang, diabetes dengan 17.5, penyakit Alzheimer dengan 15.6, penyakit hati dengan 13.9, keracunan darah dengan 12.5, dan gangguan hipertensi dengan 12.1.

Bunuh diri menduduki tempat kelima dengan kadar 26.0 kematian bagi setiap 100,000 orang pada 2021. Ia meningkat berbanding 25.7 yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Tahun lepas, bunuh diri menjadi punca utama kematian dalam kalangan remaja dan mereka yang berumur 20an dan 30an. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -