SEOUL, 21 SEPT – Kanser kekal sebagai punca utama kematian di Korea Selatan berdasarkan statistik pada 2022, lapor Xinhua.
Kanser menyebabkan 162.7 kematian bagi setiap 100,000 orang pada 2022, meningkat daripada 161.1 kematian pada tahun sebelumnya, lapor Xinhua.
Kes membabitkan kanser terus menduduki tempat pertama sejak data yang berkaitan mula direkodkan pada 1983.
Kadar kematian akibat kanser paru-paru sekitar 36.3 kematian bagi setiap 100,000 orang, diikuti oleh kanser hati (19.9), kanser kolorektal (17.9), kanser pankreas (14.3) dan kanser gastrik pada (13.9).
Punca kematian kedua tertinggi ialah kegagalan jantung, yang menyebabkan 65.8 kematian bagi setiap 100,000 orang pada 2022.
Ketiga tertinggi ialah COVID dengan kadar kematian 61 setiap 100,000 tahun lepas.
Bunuh diri menduduki tempat keenam dengan kadar kematian 25.2 kematian bagi setiap 100,000 orang pada 2022, menurun sedikit berbanding 26 kematian pada tahun sebelumnya.
Bunuh diri adalah pembunuh pertama dalam kalangan mereka yang berumur 10-an, 20-an, dan 30-an tahun lepas. – Bernama