Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kante, bintang yang hampir menangi segalanya

    PORTO, 30 MEI – N’Golo Kante menghampiri podium kemenangan dan menilai Piala Eropah yang hampir sama besar dengan dirinya.

    Pemain tengah itu menyaksikan rakan sepasukannya memberi kecupan kepada trofi tersebut ketika mereka melintasinya. Namun, Kante, yang mungkin kelihatan gementar, hanya menyentuh trofi lalu beredar.

    Kekal merendah diri sehingga ke akhirnya, Kante kini semakin hampir memenangi segala-galanya yang boleh dimenangi dalam bola sepak selepas menambah kejayaan di Liga Juara-Juara bersama Cheslea, kelmarin.

    Memenangi Liga Perdana Inggeris pada 2016 dan 2017 bersama Leicester dan kemudian bersama Chelsea. Pemenang Piala Dunia pada 2018 dengan Perancis. Pemenang Liga Europa pada 2019. Dan kini, seorang juara Eropah.

    Memenangi Kejohanan Eropah bersama Perancis dalam tempoh enam minggu akan datang menyaksikan kelibat Kante pasti akan ditagih.

    Ketika ditanya sama ada Kante adalah pemain terbaik dunia, ketua pasukan Chelsea, Cesar Azpilicueta berkata tanpa ragu, “Jawapan ringkas, ya.” Kante diundi sebagai pemain terbaik perlawanan oleh pemantau teknikal UEFA dalam kedua-dua pusingan perlawanan separuh akhir Chelsea menentang Real Madrid, dan sekali lagi semasa kemenangan 1-0 ke atas Manchester City di final.

    Dia berjaya merebut kembali bola sebanyak 10 kali, lebih banyak berbanding mana-mana pemain. Dia memenangi kesemua aksi memintas bola – termasuk berjaya memintas Kevin De Bruyne ketika dia menghampiri kawasan kotak penalti Chelsea pada separuh masa kedua. – AFP

    Aksi N’Golo Kante semasa beraksi di final Liga Juara-Juara menentang Manchester City, kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda