LONDON, 29 Nov – Pengurus pasukan Chelsea, Maurizio Sarri menggesa N’Golo Kante untuk terus bertahan untuk memegang peranannya di posisi tengah setelah membuat penilaian post-mortem individu dengan para pemain Blues selepas kekalahan mereka menentang Tottenham hujung minggu lalu.
Spurs menang 3-1 di Wembley pada aksi Sabtu lalu untuk menamatkan rekod kemenangan 18 perlawanan anak buah Sarri dengan jurulatih dari Itali itu mahu melihat respons positif pasukannya.
Pemenang Piala Dunia dengan pasukan Perancis, Kante yang telah memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris bersama Leicester dan Chelsea, beraksi pada posisi tengah, tetapi telah terpaksa dikerahkan ke posisi kanan untuk membantu pemain perancang dari Itali, Jorginho.
Pemain berusia 27 tahun itu menandatangani kontrak lima tahun baharu pada minggu lalu dan dipilih sebagai pemain terbaik Professional Footballers’ Association and Football Writers’ Association bagi tahun 2016-17.
Bercakap sebelum perlawanan Liga Eropah awal pagi esok menentang PAOK dari Greece, Sarri berkata “Saya mahu memainkan pemain tengah yang mempunyai kepakaran teknikal. Bagi saya pemain tengah ialah Jorginho atau Cesc Fabregas.”
“Saya tidak mahu Kante berada di posisi ini. Dalam perlawanan terakhir, Kante banyak berada di kawasan kotak penalti pihak lawan. Dan Saya fikir ia bukanlah ciri-ciri Kante yang terbaik.
“Saya tidak mahu Kante berada dalam kedudukan ini. Kante dalam perlawanan terakhir mahu menyelesaikan perlawanan selepas 15 minit pertama tetapi dengan cara yang salah. Ia adalah reaksi daripada kesukaran (yang kami hadapi).”
Sarri menyifatkan prestasi Chelsea menentang Spurs sebagai ‘persaingan tanpa penentuan’.
Dia mahu melihat reaksi segera terhadap kekalahan itu ketika menentang PAOK dan perlawanan Liga Perdana menentang Fulham hujung minggu ini.
Blues sudah pun mara ke pusingan 32 pasukan terakhir Liga Eropah dan hanya memerlukan satu mata untuk berada di puncak Kumpulan L.
“Saya mengadakan pertemuan lima atau 10 minit dengan pemain secara individu,” kata Sarri.
“Sasarannya sangat jelas dalam fikiran saya, dalam masa yang singkat, untuk memenangi sesuatu, dan dalam masa yang panjang, untuk menjadi pasukan terbaik di Eropah, saya mahu melihat kami belajar daripada kesilapan.” – AFP