BANDAR MEXICO, 31 OKT – Sebuah kolek Maya yang dipelihara dengan baik dianggarkan berusia kira-kira 1,000 tahun, telah ditemui di Mexico semasa kerja-kerja pembinaan menghubungkan laluan kereta api utama, menurut Institut Antropologi dan Sejarah (INAH) negara tersebut.
Pasukan arkeologi INAH menemui perahu pra-Hispanik antara negeri bahagian selatan Yucatan dan Quintana Roo di cenote – sungai bawah tanah yang selalu didapati di Semenanjung Yucatan dan tempat suci bagi puak Maya.
Ia ditemui semasa kerja-kerja ‘kereta api Maya’, projek kontroversi Presiden Andres Manuel Lopez Obrador yang di hasrat untuk menghubungkan kawasan peranginan Caribbean dengan tapak arkeologi purba.
“Perahu kecil mungkin digunakan untuk mengekstrak air dari cenote atau memberikan persembahan semasa ritual,” menurut INAH dalam kenyataan pada Jumaat.
Ia adalah kolek pertama seumpamanya yang dipelihara dengan baik dari wilayah Maya, menurut penyelidik. Sebelum ini, hanya serpihan perahu ditemui di Guatamala dan Belize.
Pada Januari tahun ini, pihak berkuasa berkata lebih 800 objek arkeologi telah ditemui di empat bahagian pertama tapak pembinaan kereta api Maya. – AFP
