Wednesday, March 12, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanye, Bianca didakwa sudah berpisah

    Penyanyi rap Kanye West dan isterinya, Bianca Censori dilaporkan berpisah selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

    Menurut laporan Daily Mail, Bianca, 30, membuat keputusan itu kerana sikap kontroversi Kanye, 48, yang sering dikecam masyarakat.

    Salah satu punca utama ialah penampilan mereka di Anugerah Grammy 2025 apabila Bianca memakai pakaian yang dianggap terlalu seksi hingga dikritik ramai.

    Situasi bertambah tegang apabila Kanye mencetuskan kontroversi baharu dengan menjual kemeja-T yang memaparkan simbol swastika.

    Oleh itu, Bianca dikatakan tidak lagi mampu bertolak ansur dengan tindakan Kanye yang dianggap provokatif dan bercanggah dengan nilai peribadinya.

    Walaupun Kanye percaya isterinya akan kembali kepadanya, sumber menyatakan bahawa Bianca sudah nekad untuk meneruskan kehidupannya tanpa penyanyi itu.

    Dalam persetujuan selepas perpisahan, Bianca akan menerima pampasan sebanyak AS$5 juta serta hak untuk menetap di rumah mereka di Los Angeles.

    Untuk rekod, Kanye pernah berkahwin dengan Kim Kardashian pada 2014 sebelum berpisah pada 2021.

    Kemudiannya Kanye mendirikan rumah tangga dengan Bianca pada Disember 2022. – Agensi

    Bianca sudah tidak tahan dengan sikap Kanye. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda