Saturday, July 12, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kanye West gagal pujuk Kim Kardashian

    Usaha penyanyi rap Kanye West untuk memujuk kembali Kim Kardashian nampaknya gagal apabila Kim menjauhkan diri daripadanya.

    Kanye terkejut selepas Kim memfailkan permohonan untuk menjadi bujang secara sah walaupun sedang hangat bercinta dengan pelawak Pete Davidson. Kim memfailkan perceraian dengan Kanye West pada Februari dengan alasan tidak sependapat telah mengejutkan peminat. Susulan itu, Kim kemudiannya ke mahkamah untuk mendapatkan status bujang secara sah dan menggugurkan ‘West’ daripada nama keluarga.

    Bintang realiti itu juga telah meminta hak penjagaan sah dan fizikal bersama anak-anaknya North, Saint, Chicago dan Psalm, yang dikongsinya dengan penyanyi rap itu. – Agensi

    Usaha penyanyi rap Kanye West untuk memujuk kembali Kim Kardashian nampaknya gagal apabila Kim menjauhkan diri daripadanya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda