SUZAIMAN membuka kedua-dua belah kelopak matanya perlahan-lahan. Gelap-gelita. Hanya bunyi derapan tapak kaki yang kedengaran. Semakin lama bunyi tapak kaki itu semakin menghampirinya. Suzaiman berasa sedikit sesak nafas apabila berada dalam keadaan gelap dengan keadaan seluruh tubuhnya berikat di kerusi. Dia turut terbersin beberapa kali apabila debu kekotoran di tempat misteri tersebut mula menganggu rongga