Saturday, December 7, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal Aditya-L1 menuju pusat sistem solar

    NEW DELHI, 1 OKT – Kapal angkasa pemantau matahari India telah melintasi titik penting dalam perjalanannya untuk melepasi ‘sfera pengaruh Bumi’, kata agensi angkasanya, beberapa hari selepas jentera penjelajah bulannya gagal berfungsi.

    Misi Aditya-L1 memulakan perjalanan selama empat bulan menuju pusat sistem suria pada 2 September, membawa peralatan untuk memerhati lapisan paling luar matahari.

    “Kapal angkasa itu telah melepasi ruang pengaruh Bumi,” kata Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

    Aditya yang dinamakan sempena dewa matahari Hindu, telah mengembara sejauh 920,000 kilometer (km), lebih separuh daripada jumlah keseluruhan perjalanan.

    Pada titik perjalanan itu, daya graviti kedua-dua badan astronomi terhenti, sekali gus membolehkan misi kekal stabil dalam litar lingkaran orbit di sekeliling bintang terdekat dengan Bumi.

    “Ini adalah kali kedua berturut-turut ISRO boleh menghantar kapal angkasa di luar sfera pengaruh Bumi, kali pertama adalah Misi Orbiter Marikh”, tambah agensi itu. – AFP

    Gambar video daripada AFPTV menunjukkan roket ISRO membawa kapal angkasa Chandrayaan-3 berlepas dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota, negeri Andhra Pradesh. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda