BEIJING, 24 FEB – China hari ini berkata bahawa kapal angkasa Tianwen-1nya telah memasuki orbit di kawasan peletakan kapal angkasa sementara di sekitar Marikh dalam usaha untuk mendaratkan rover di planet itu dalam beberapa bulan akan datang.
Pentadbiran Angkasa Negara China berkata kapal angkasa itu ketika ini berusaha untuk menyesuaikan kedudukan mengikut putaran orbit pada awal hari ini dan akan tetap berada di sana sehingga sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum melakukan pendaratan.
Selama tempoh tersebut, ia akan memetakan permukaan planet Marikh dan menggunakan kamera dan sensor lain untuk mengumpulkan data dengan lebih terperinci, terutama mengenai prospek lokasi pendaratannya.
Ia mengikut jejak pendaratan rover Perseverance Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lalu berhampiran Jezero Crater untuk mengesan sebarang kehidupan di sana.
Pendaratan Tianwen-1 akan menjadikan China sebagai negara kedua selepas kejayaan AS meletakkan kapal angkasa di planet tersebut.
Kenderaan bertenaga suria China, sebesar kereta golf, akan mengumpulkan data mengenai air bawah tanah dan mencari bukti bahawa planet ini pernah didiami kehidupan mikroskopik.
Pendaratan kapal angkasa di Marikh memang sesuatu yang agak sukar. Pada tahun 2011, orbit Cina yang menuju ke Marikh merupakan sebahagian daripada misi Rusia yang tidak berjaya dilakukan.
Percubaan China akan melibatkan payung terjun, tembakan roket dan beg udara. Tapak pendaratan yang dicadangkan ialah dataran yang luas dan berserakan batu yang disebut ‘Utopia Planitia’, di mana pendaratan Viking 2 AS pada tahun 1976. – AFP
