CAPE CANAVERAL, 2 MEI – Sebuah kapal angkasa era Soviet yang disasarkan untuk mendarat di Venus pada 1970an dijangka akan jatuh semula ke Bumi secara tidak terkawal, mungkin dalam tempoh dua minggu pertama Mei ini.
Masih terlalu awal untuk mengetahui di mana kapsul logam setengah tan itu akan jatuh atau berapa banyak yang akan bertahan apabila masuk semula ke Bumi, menurut pakar pengesan serpihan angkasa.
Saintis Belanda, Marco Langbroek meramalkan kapal angkasa itu akan masuk semula ke Bumi sekitar 10 Mei. Beliau menganggarkan ia akan terhempas pada kelajuan 242 kilometer sejam, jika ia kekal utuh.
“Walaupun tanpa risiko, kita tidak seharusnya terlalu bimbang,” kata Langbroek dalam e-mel.
Kapsul itu agak kecil dan walaupun ia tidak pecah, risikonya sama dengan kejatuhan meteorit, beberapa daripadanya berlaku setiap tahun. Awda menghadapi risiko yang lebih besar jika terkena kilat dalam hidup,” katanya.
Peluang kapal angkasa itu melanggar seseorang atau sesuatu adalah kecil, tambahnya. “Tetapi ia tidak boleh dikecualikan sepenuhnya.
Kesatuan Soviet melancarkan kapal angkasa yang dikenali sebagai Kosmos 482 pada tahun 1972, salah satu daripada siri misi Zuhrah. Tetapi ia tidak pernah keluar dari orbit Bumi disebabkan kerosakan roket itu.
Kebanyakannya jatuh dalam tempoh 10 tahun. Namun Langbroek dan yang lain percaya kapsul pendaratan sendiri itu objek sfera dengan diameter kira-kira 1 meter telah mengelilingi dunia dalam orbit yang berbentuk elips sejak 53 tahun yang lalu, ketinggiannya berkurangan secara beransur-ansur. – AP
