ALMATY, 8 APRIL – Sebuah kapal angkasa Soyuz yang membawa seorang warga Amerika dan dua warga Rusia hari ini dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan untuk menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Kapal angkasa MS-27 berlepas pada 10:47 pagi menurut imej televisyen yang disiarkan oleh agensi angkasa lepas Roscosmos Rusia.
Ia memasuki orbit beberapa minit kemudian dan akan mendarat di ISS pada 2:04 petang.
Di dalam kapal itu ialah angkasawan Rusia Sergey Ryzhikov dan Alexey Zubritsky, serta angkasawan NASA, Jonny Kim.
Mereka akan menjalankan 50 eksperimen saintifik di angkasa, kata Roscosmos, sebelum kembali ke bumi pada 9 Disember.
Kira-kira 2,500 pengunjung telah menyaksikan pelancaran itu dari Baikonur, kata Roscosmos.
Rusia telah menyewa tapak tersebut dari Kazakhstan sejak kejatuhan Soviet Union lebih 43 tahun lalu.
Moscow membayar Almaty AS$115 juta setahun dan mempunyai kontrak sehingga 2050.
Angkasa lepas adalah salah satu daripada beberapa bidang kerjasama yang masih kekal antara Rusia dan Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun kepulangan Presiden AS, Donald Trump ke Rumah Putih telah meredakan ketegangan.
Sebagai sebahagian daripada sekatan yang dikenakan ke atas Rusia sejak pencerobohannya, negara-negara Barat membatalkan perkongsian dengan Roscosmos, tetapi kapal Soyuz kekal sebagai salah satu daripada beberapa saluran untuk sampai ke ISS. – AFP
