SEOUL, 2 April – Sebuah kapal kargo yang digunakan oleh syarikat perkapalan Korea Selatan disahkan hilang di perairan Uruguay bersama 24 anak kapal dan pihak berkuasa berkata kelmarin, dua orang telah diselamatkan.
Pegawai dari Kementerian Luar Korea Selatan berkata, kapal itu terputus hubungan sejak Jumaat, sejurus selepas seorang anak kapal menghantar mesej ringkas kepada syarikat perkapalan memberitahu ia sudah dirampas.
Menurut pegawai itu, polis maritim Uruguay dan sebuah kapal komersial di perairan jiran melancarkan operasi mencari Stella Daisy yang meninggalkan pelabuhan Brazil 26 Mac lalu. – AP