Tuesday, December 5, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Kapal China bayangi bot penyelidikan

    MANILA, FILIPINA, 7 APRIL – Sebuah kapal pengawal pantai China bulan lalu berlatih selama beberapa hari dekat sebuah kapal penyelidikan yang dikerahkan saintis-saintis Filipina dan Taiwan untuk menjalankan kaji selidik penting terhadap garis sesar bawah laut di barat bahagian utara Filipina, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan saintis-saintis di kapal berkenaan, pegawai-pegawai berkata hari ini.

    Saintis-saintis dalam R/V Legend, termasuk lima warga Filipina, meneruskan kaji selidik mereka sebalik kehadiran kapal pengawal pantai China itu di sekitar perairan merentasi Peparit Manila bawah laut dari 25 hingga 30 Mac lalu di luar pesisir pantai bandar barat laut Filipina, Vigan di wilayah Ilocos Sur.

    Kedekatan pengawal pantai China itu mencetuskan kebimbangan kerana kapal penyelidikan itu menunda kabel peninjauan dalam laut, seorang saintis Filipina memberitahu The Associated Press (AP).

    Kapal pengawal pantai China itu berada kira-kira 2 hingga 3 batu nautika dari R/V Legend selama berhari-hari, menurut Dimalanta dari Institut Sains Geologi Kebangsaan.

    “Kedekatannya dengan kapal penyelidikan telah menimbulkan kebimbangan terutamanya apabila kapal penyelidikan itu menunda kabel bagi pengukuran saintifik yang sedang dijalankan,”

    Dimalanta memberitahu AP dalam jawapan menerusi e-mel kepada soalan-soalan mengenai insiden itu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Belarus, China terus tingkat hubungan

    BEIJING, 4 DIS – Presiden China, Xi Jinping, dan Alexander Lukashenko mengalu-alukan peningkatan hubungan hari ini, setelah mereka mengadakan perbincangan semasa lawatan kedua pemimpin...