MANILA, 31 MAC – Armada kapal China yang mencetuskan pertikaian diplomatik selepas berlabuh di terumbu luar Filipina selama berminggu-minggu kini bertaburan di seluruh Pulau Spratly, kata agensi kerajaan hari ini, mengecam ‘kehadiran tidak berundang-undang’ Beijing di kawasan itu.
Lebih 200 buah kapal pertama kali dikesan pada 7 Mac di Terumbu Whitsun, sekitar 320km barat Pulau Palawan di Laut China Selatan.
Pasukan peronda laut dan udara Filipina minggu ini melaporkan 44 bot berbendera China masih berada di terumbu itu, kata seorang pasukan petugas yang bertanggungjawab memantau perairan dipertikaikan.
Sekitar 210 kapal masih ‘mengerumuni’ terumbu dan pulau lain di kawasan itu, katanya, menyatakan ‘kebimbangan mendalam berhubung kehadiran tidak berundang-undang Militia Maritim China. – AFP