Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal China lawat pangkalan tentera laut Kemboja

    PHNOM PENH, 7 DIS – Dua kapal perang China telah membuat lawatan pertama ke pangkalan tentera laut Kemboja yang telah lama dikhuatiri oleh Washington akan meningkatkan pengaruh Beijing di Teluk Thailand.

    Seorang pegawai kementerian pertahanan Kemboja berkata hari ini bahawa kerja-kerja yang dibiayai oleh China untuk mengembangkan pangkalan Ream, berhampiran bandar pelabuhan Sihanoukville akan selesai tidak lama lagi.

    Menteri Pertahanan Kemboja, Tea Seiha berkata di laman Facebooknya bahawa beliau telah melawat dua kapal yang berlabuh di pangkalan itu pada Ahad untuk menyediakan latihan bagi armada tentera laut Kemboja kami.

    Pegawai Kemboja enggan memberikan sebarang butiran mengenai kapal, tujuan lawatan mereka atau berapa lama mereka tinggal, tetapi papan tanda pada salah satu lorong mengenal pasti ia milik tentera laut China. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata: “China dan Kemboja mempunyai persahabatan yang sangat mendalam, dan kedua-dua pihak telah membangunkan kerjasama yang berjaya dalam pelbagai bidang.”

    Naib Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat China, Jeneral He Weidong, melawat Phnom Penh awal minggu ini dan bertemu Perdana Menteri Hun Manet.

    Kemboja telah lama mempunyai hubungan rapat dengan Beijing dan pegawai Amerika Syarikat (AS) bimbang bahawa pangkalan itu akan meningkatkan usaha China untuk menyokong kekuatan antarabangsanya dengan rentetan pos tentera laut dan tentera.

    Imej satelit yang diterbitkan pada bulan Julai menunjukkan bahawa jeti sepanjang 363 telah dibina merentangi ke laut.

    Pegawai Kemboja pada masa itu menafikan jeti itu bertujuan untuk meletakkan kapal pengangkut pesawat. – AFP

    Bekas Menteri Pertahanan Kemboja, Tea Banh (kanan), meninjau anggota tentera laut sebelum latihan di Pangkalan Tentera Laut Ream di Sihanoukville, barat daya Phnom Penh, Kemboja pada 3 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda