Kapal induk pesawat Rusia terbakar

MOSCOW, 12 DIS – Satu kebakaran meletus hari ini di satu-satunya kapal induk pesawat udara Rusia ketika ia menjalani kerja-kerja membaiki di limbungan Artik, lapor agensi berita Rusia, dengan sekurang-kurangnya seorang pekerja dilaporkan hilang.

Kapal Admiral Kuznetsov telah menjalani kerja-kerja membaiki selama lebih dua tahun di Murmansk dan mengalami kerosakan sebelumnya pada Oktober 2018 apabila sebuah kren terjatuh di deknya.

Agensi berita RIA Novosti memetik satu sumber di limbungan Zvezdochka sebagai berkata satu kebakaran meletus ketika operasi mengimpal. Laporan awal berkata tiga pekerja hilang.

Lebih daripada 400 orang berada di atas kapal apabila kebakaran meletus, agensi berita TASS memetik jurucakap Zvezdochka sebagai berkata. Agensi berita Interfax melaporkan api telah merebak ke kawasan seluas 600 meter persegi.

The Admiral Kuznetsov, dilancarkan pada 1985 dan kapal kebanggaan tentera laut Rusia, telah menjalani kerja-kerja pembaikan pertamanya sejak 1997. – AFP

Gambar fail bertarikh 2004 menunjukkan kapal induk pesawat udara Admiral Kuznetsov di Laut Barents, Rusia. – AP